Introduction

Selaku Pengarah Urusan Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. berasa amat berbangga dengan pencapaian produk Nouvelles Visages yang telah bertapak di negara ini lebih daripada 24 tahun. Produk jenama kami adalah antara yang terawal menerokai pasaran kecantikan di negara ini.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan menjadi peneraju dalam mengeluarkan produk penjagaan wajah dan kosmetik. Kini, dengan merasa bangga pada tahun 2019 syarikat kami akan menyambut Jubli Perak Sempena ulang tahun ke 25.

Saya merasakan misi dan visi syarikat selama ini untuk menjadi produk yang terulung telah menjadi kenyataan.

Selepas mewarisi legasi perniagaan ini, banyak cabaran yang telah saya lalui dalam memastikan apa yang ditinggalkan ini terus bertahan malah meraih lebih banyak kejayaan berbanding dahulu.

Apa yang saya perlu lakukan sekarang adalah untuk memastikan misi dan visi dalam menjadikan syarikat dan produk berjenama kami akan terus bertahan dan bersaing di semua peringkat pasaran tempatan dan antarabangsa.

Terima kasih kepada semua pengguna yang telah memilih produk kami sebagai produk pilihan anda. Sesungguhnya tanpa anda Nouvelles Visages tidak akan berjaya sehingga kini.

RITA DATO’ SOSILAWATI

Close Menu
×
×

Cart